fb fb fb fb fb

Gempa bumi berukuran 7 magnitud landa California, amaran tsunami dibatalkan

Peta yang menunjukkan zon gegaran gempa bumi/ REUTERS

SAN FRANCISCO, 6 Disember- Satu gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda pantai di utara California pada Khamis sekali gus memberi amaran kepada penduduk di kawasan bandar pesisir pantai untuk mengosongkan kawasan rendah.

Namun amaran tersebut dibatalkan dan pihak berkuasa memerlukan masa untuk memeriksa seluruh kawasan terjejas.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata amaran tsunami yang menjangkau sepanjang 500 batu (800 km) pantai California dan Oregon dibatalkan kira-kira 90 minit selepas gempa bumi melanda pada 10.44 pagi Waktu Pasifik.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat gempa yang berpusat kira-kira 39 batu (63 km) barat bandar Ferndale pada kedalaman cetek 10 km di pantai utara California.

Di Ferndale, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 1,400 penduduk sedang membersihkan pinggan mangkuk dan barangan yang pecah selepas gempa bumi melanda.

"Ia adalah gempa besar, ia membuatkan anda mengosongkan bangunan itu secepat yang anda boleh," kata Troy Land, anggota Jabatan Bomba Sukarelawan Ferndale.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI