fb fb fb fb fb

Gempa bumi Afghanistan: Bantuan kemanusiaan China tiba di Kabul

Foto REUTERS

KABUL, 7 September – Kumpulan pertama bantuan kemanusiaan kecemasan daripada kerajaan China selamat tiba di Kabul, Afghanistan pada Ahad.

Bantuan tersebut merangkumi khemah dan selimut, dan dihantar menggunakan dua pesawat pengangkut Y-20 milik Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

China dijangka menghantar lebih banyak bantuan dalam tempoh terdekat bagi membantu mangsa gempa bumi yang melanda wilayah timur Afghanistan pada 31 Ogos lalu.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan, gempa bumi berkuran 6.1 magnitud itu telah meragut 2,205 nyawa, manakala 3,640 lagi cedera.

Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan, susulan laporan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan kediaman. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM