fb fb fb fb fb

Gempa bumi 7.1 magnitud cetus panik di Bali

(FOTO AFP)

DENPASAR, 29 Ogos- Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan Bali dan pulau-pulau lain di Indonesia, pagi tadi, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Insiden menyebabkan pelancong panik meninggalkan bangunan dan melarikan diri ke jalan raya, tetapi tidak menyebabkan kerosakan besar.

USGS berkata, gempa berlaku pada kedalaman sekitar 515 kilometer (km) di luar pantai timur laut Bali, kira-kira pukul 3.55 pagi waktu tempatan.

"Gegaran dirasai di seluruh Bali, dan juga di pulau-pulau berdekatan seperti Lombok dan Sumbawa," katanya

Sementara itu, gempa susulan direkodkan pada kekuatan 5.4 magnitud dan 5.6 magnitud selang beberapa minit selepas gempa pertama.

Penduduk, Ardylla Yuliacitra, 31, berkata, gegaran susulan lebih lama dan lebih kuat daripada yang pertama.

"Gempa pertama membuat saya bergoyang seperti berada di atas perahu, dan yang kedua membuatkan rumah saya bergegar," katanya.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu