fb fb fb fb fb

Gangguan sistem, Toyota henti operasi 12 kilang

JAPAN, 29 Ogos - 12 kilang Toyota Motor Corp di Jepun menghentikan operasi kerana gangguan sistem, lapor penyiar awam NHK.

Menurut laporan itu, setakat ini tiada kenyataan berkenaan tempoh sistem tersebut dipulihkan, "tidak jelas bila sistem itu akan dipulihkan."

Semua kilang Toyota di Jepun terlibat, kecuali di Miyata di barat Jepun Fukuoka dan kilang Toyota di Kyoto, menurut NHK.

Tahun lepas operasi pembuat kereta terbesar dunia itu terjejas berikutan serangan siber dan mengakibatkan jualan syarikat itu berkurangan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu