fb fb fb fb fb

Dua maut, helikopter jatuh atas kediaman di Florida

(FOTO REUTERS)

POMPANO BEACH, 29 Ogos- Sebuah helikopter penyelamat terbakar dan terhempas di atas sebuah bangunan kediaman di Florida, Amerika Syarikat, semalam.

Dua orang maut melibatkan seorang anggota bomba iaitu Kapten Terryson Jackson yang berada dalam helikopter dan seorang wanita yang berada di lokasi nahas.

Sementara itu, sekurang-kurangnya empat lagi cedera dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengesahkan tiga anak kapal berada dalam helikopter jenis Eurocopter EC135 milik Pejabat Sheriff Broward.

Nahas berlaku berhampiran Lebuhraya Dixie Utara dan Atlantic Boulevard.

Impak tragedi itu meninggalkan lubang yang cukup besar pada bumbung kediaman terbabit.

Punca nahas sedang disiasat pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. -Reuters

(FOTO REUTERS)

Media Baharu