fb fb fb fb fb

Kapal karam di Pulau Samos, lima maut

GREECE, 29 Ogos - Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dan seorang wanita terkorban dalam kejadian berasingan di pulau Samos pada Isnin.

Ke semua mangsa merupakan pendatang, ketika cuba menyeberangi laut dari kawasan berdekatan Turkiye, kata kerajaan Greece.

Dalam pada itu, Pengawal pantai Greece berjaya menyelamatkan 23 orang di perairan Turkiye pada pagi Isnin dan empat daripada mereka kemudian meninggal dunia, kata jurucakap kerajaan Pavlos Marinakis.

Masing-masing adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dan tiga budak perempuan berumur antara 11 bulan hingga 14 tahun.

Video daripada pengawal pantai Greece menunjukkan operasi menyelamat di laut berhampiran Lesbos dan beberapa beg mayat serta pendatang yang diselamatkan dibawa ke pantai di ibu kota Pulau Mytilene.

Lebih 15,600 pendatang telah tiba di Greece tahun ini, menurut data dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), hampir 12,000 daripada mereka melalui laut.- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu