fb fb fb fb fb

Lelaki bersenjata ditembak mati

FLORIDA, 29 Ogos - Rancangan lelaki bersenjata digagalkan pegawai polis kampus di Florida, dua hari selepas kejadian tembakan di kedai Dollar General, di Jacksonville yang mengakibatkan tiga orang terbunuh.

Penembak, Ryan Christopher Palmer, 21, kelihatan meletakkan kenderaannya di kampus dan memakai sarung tangan dan jaket, kata Presiden Universiti Edward Waters A. Zachary Faison Jr. pada sidang akhbar ketika dia memaklumkan butiran baharu mengenai kejadian itu.

Selepas ditembak, Palmer meninggal dunia akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri.

Menurut pihak berkuasa, "dia meninggalkan beberapa nota kepada media, ibu bapanya dan penguatkuasa undang-undang yang menyatakan sebab tindakannya itu."- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu