fb fb fb fb fb

Amaran suhu panas melampau melanda Phoenix

AMERIKA SYARIKAT, 29 Ogos - Satu lagi gelombang haba melampau telah melanda Phoenix, Arizona, dengan suhu 116 darjah Fahrenheit (46.6 darjah Celsius) pada Isnin.

Amaran haba baharu itu dikeluarkan beberapa minggu berikutan suhu 31 hari berturut-turut melebihi 110 darjah Fahrenheit (43 Celsius) bagi sepanjang Julai.

Pakar Meteorologi di pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Phoenix, Alex Young berkata musim panas kali ini merekodkan yang tertiggi, "dari segi apa yang kita ketahui dengan tempoh rekod, panas ini sepanjang musim panas, terutamanya Julai dan Ogos, tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Salah seorang penduduk Charles Harris, yang terbiasa dengan panas terik musim panas. Dia melakukan pendakian setiap hari, walaupun nasihat daripada pegawai untuk tinggal di dalam rumah pada bahagian paling panas hari itu.

Harris berkata dia telah menyesuaikan diri dengan panas, tetapi pelancong mendapati ia lebih sukar untuk ditangani.

"Mereka sentiasa membeli minuman sejuk dan mengadu tentang betapa panasnya, bertanya kepada semua orang bagaimana mereka tinggal di Arizona," katanya. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu