fb fb fb fb fb

Ribut Idalia semakin kuat berhampiran Cuba, menuju ke Florida

(Hujan renyai di Havana ketika Cuba menanti Ribut Tropika Idalia/AFP)

MIAMI, 29 Ogos- Ribut Tropika Idalia dilapor semakin kuat ketika menghampiri Cuba dan perairan Teluk Mexico yang dilanca cuaca panas luar biasa, semalam, dengan pakar meramalkan ia boleh menjadi taufan besar sebelum 'mendarat' di Florida, minggu ini.

Idalia terbentuk pada Ahad lalu di Caribbean sebelum menimpa bahagian tenggara Mexico dengan angin dan hujan, semalam.

Gabenor Florida, Ron DeSantis mengeluarkan amaran ribut dan sepanjang pantai Teluk diramal akan paling terjejas.

"Pemindahan akan berlaku dan penduduk harus bersiap sedia untuk Idalia," katanya dalam sidang media.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, Idalia dijangka mencapai status taufan ketika ia menghampiri Cuba.

"Amaran taufan juga telah dikeluarkan bagi wilayah bersebelahan Cuba iaitu Pinar del Rio," katanya.

Ketika ini, kira-kira 8,000 penduduk di Cuba sudah dipindahkan sebelum ribut itu menuju di wilayah tersebut.

Para saintis telah memberi amaran bahawa ribut menjadi lebih kuat apabila dunia semakin panas akibat perubahan iklim.

Tahun lalu, Florida dilanda Taufan Ian yang membunuh hampir 150 orang dan menyebabkan kerosakan besar dengan nilai kerugian mencecah AS$100 bilion. -AFP

(Imej satelit 'kemaraan' Ribut Tropika Idalia berserta kilat/AFP)

Media Baharu