fb fb fb fb fb

Sepanyol dilanda cuaca buruk, angin kencang

(Angin kencang dan hujan lebat melanda Sepanyol di kepulauan Balearic 
menyebabkan kerosakan serius dan gangguan penerbangan/ REUTERS)

MADRID, 28 Ogos- Angin kencang dan hujan lebat melanda Sepanyol di pantai Mediterranean pada Ahad, termasuk kepulauan Balearic yang menjadi tumpuan pelancong, menyebabkan kerosakan serius dan gangguan penerbangan.

Agensi meteorologi kebangsaan Aemet mengeluarkan amaran berisiko tinggi bagi Kepulauan Balearic serta Catalonia dan Valencia di tanah besar Sepanyol.

Ini kerana tiupan angin sehingga 120 kilometer sejam itu telah mengakibatkan hujan lebat dan hujan batu melanda kawasan terbabit.

Menurut akhbar Sepanyol, pihak berkuasa tempatan melaporkan beberapa orang turut cedera.

Terdapat pokok tumbang dan jalan yang dinaiki air dilaporkan di seluruh wilayah.

Juga terdapat laporan perlanggaran beberapa kapal ekoran angin kencang di perairan Mallorca.

Mangsa yang cedera adalah penumpang kapal persiaran P&O Cruises Britannia.


(Angin kencang dan hujan lebat melanda pelabuhan Palma di Mallorca, Sepanyol/ AFP)

Pengendali lapangan terbang Sepanyol Aena berkata 24 penerbangan telah dibatalkan dan 29 penerbangan telah dilencongkan dari pulau-pulau itu.

Aemet telah melanjutkan amaran cuaca sehingga Isnin untuk sebahagian kecil kepulauan dan Catalonia.

Risiko dijangka berkurangan menjelang esok. -AFP

Media Baharu