fb fb fb fb fb

Dua maut, 56 cedera dalam letupan stesen minyak di Romania

(FOTO AFP)

BUCHAREST, 28 Ogos- Pendakwa raya membuka siasatan ke atas dua letupan di stesen pengisian gas petroleum cecair tidak berlesen yang menyebabkan dua orang maut dan 56 orang lagi cedera di utara ibu negara Romania, Bucharest pada hujung minggu.

Kebanyakan yang cedera merupakan anggota bomba yang bergegas ke balai di Crevedia untuk memadamkan kebakaran daripada letupan pertama sebelum letupan kedua berlaku pada lewat Sabtu.

“Kebakaran bermula semasa gas dipindahkan dari satu lori tangki ke lori yang lain. Satu punca kebakaran muncul di bawah salah satu lori tangki,” kata pendakwa raya Alex Florenta ketika sidang media pada Ahad.

"Spekulasi juga termasuk sebatang rokok yang dibaling sambil lewa," tambahnya.

Ketua Jabatan Kecemasan, Raed Arafat memaklumkan kepada pemberita bahawa dua yang maut adalah pasangan suami isteri.

Lelaki itu mengalami serangan jantung, manakala wanita itu meninggal dunia selepas melecur teruk, tambahnya.


(Kebanyakan mangsa yang cedera adalah anggota bomba yang bergegas ke balai untuk memadamkan kebakaran daripada letupan pertama/ REUTERS)

Seramai 39 anggota bomba dan empat anggota polis mengalami cedera dengan melecur teruk.

“Semalaman kami memindahkan dua anggota bomba dan dua orang awam ke luar negara (untuk rawatan) dan lebih ramai lagi akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan.

Keempat-empat mereka dibawa ke Itali atau Belgium, menurut Kementerian Pertahanan.

Pesuruhjaya Eropah bagi Pengurusan Krisis Janez Lenarcic memberitahu, Romania telah meminta bantuan melalui Mekanisme Perlindungan Awam EU untuk merawat 18 pesakit melecur,

Ujarnya, Austria, Jerman dan Norway turut menawarkan bantuan - AFP

Media Baharu