fb fb fb fb fb

Kes pertama di dunia, parasit Ophidascaris dalam otak manusia

(FOTO AFP)

CANBERRA, 29 Ogos- Cacing gelang yang biasanya ditemui dalam haiwan telah dikeluarkan 'hidup-hidup' daripada otak seorang wanita warga emas dalam satu pembedahan di sini, Australia.

Terdahulu, doktor melakukan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) terhadap pesakit, 64, selepas dia mula hilang ingatan.

Imbasan MRI itu mendapati terdapat 'luka atipikal' pada bahagian hadapan otaknya.

Cacing berukuran lapan sentimeter (cm) digelar Ophidascaris robertsi itu adalah parasit yang biasa dikesan pada kanggaru dan ular sawa, tetapi bukan manusia.

"Ini adalah kes Ophidascaris manusia yang pertama di dunia.

"Setakat pengetahuan kami, ini juga adalah kes pertama melibatkan otak spesis mamalia, baik manusia ataupun haiwan," kata pakar penyakit berjangkit, Sanjaya Senanayake.

Penyelidik percaya mangsa dijangkiti selepas memakan tumbuhan renek yang mungkin tercemar dengan larva parasit yang dibuang menerusi najis ular.

Kes itu turut diterbitkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu