fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar timur Vanuatu

(Foto AFP)

HONG KONG, 27 Julai- Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda 83 kilometer (km) timur di luar pantai Vanuatu semalam, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Amerika Syarikat mengesahkan, tiada ancaman bagi pulau Guam, Rota, Tinian atau Saipan daripada gempa luar pesisir yang melanda pada kedalaman 10 km.

Bandar terdekat, Port-Olry, adalah sejauh 95 km dari pusat gempa.

Vanuatu terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, zon aktiviti tektonik di sekitar Pasifik yang kerap berlaku gempa bumi dan gunung berapi. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu