fb fb fb fb fb

8 orang terperangkap dalam lombong emas haram di Jawa tengah

(Foto hiasan)

JAKARTA, 27 Julai- Pasukan penyelamat Indonesia bertungkus-lumus untuk menyelamatkan lapan orang yang terperangkap dalam lombong emas haram di Jawa tengah, pulau terbesar di negara itu.

Kejadian berlaku di Kampung Pancurendang, apabila para pelombong sedang menggali lubang sedalam 60 meter (200 kaki), sebelum air tiba-tiba membanjiri lombong haram tersebut.

Menurut Ketua Polis Tempatan, Edy Suranta Sitepu, keadaan mangsa masih belum diketahui.

Pasukan penyelamat dibantu tentera cuba menyedut air keluar. Jika gagal, penyelam akan dihantar untuk mencari mangsa.

"Sekarang kami masih cuba menyedut air keluar, kami memberi tumpuan untuk menyelamatkan nyawa pelombong", katanya.

“Kami tidak tahu keadaan semasa mereka, mari kita berdoa supaya mereka dapat dipindahkan dengan selamat,” katanya.


(Foto hiasan)

Aktiviti perlombongan itu didapati tidak berlesen dan tidak mengambil kira langkah keselamatan.

"Kebanyakan pekerja yang terperangkap telah berpindah dari Jawa Barat ke lombong di wilayah itu", kata polis.

Pada 2021, enam orang terbunuh di Pulau Sulawesi dalam kejadian lombong emas runtuh.

Dua tahun sebelum itu, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh apabila sebuah lagi lombong emas haram di pulau itu runtuh dan menimbus pekerja.

Pada 2016,  seramai 11 pelombong maut selepas banjir lumpur melanda sebuah lombong emas haram di wilayah Jambi, Sumatera.-AFP

Media Baharu