(Foto REUTERS)
GREECE, 27 Julai- Sebanyak 61 kebakaran hutan tercetus di seluruh Greece, semalam.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menemukan mayat seorang penternak berusia 45 tahun di kawasan luar bandar ketika operasi pemadaman api dijalankan.
Katanya, kebakaran hutan di tengah Greece itu memusnahkan ladang ternakan dan kilang.
"Keadaan tersebut menyebabkan para penternak memindahkan ternakan mereka ke kawasan lebih selamat.
"Terdapat juga haiwan yang tidak dapat diselamatkan dan rentung terbakar di sebuah ladang lembu di Sesklo.
"Tanah dan pokok di kawasan pertanian yang tidak dibersihkan menyebabkan kebakaran menjadi lebih teruk.
"Beberapa komuniti di kawasan Magnesia yang terjejas teruk, diminta meninggalkan kawasan tersebut demi keselamatan mereka. - REUTERS
(Foto REUTERS)