fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.3 magnitud landa Papua New Guinea

FOTO HIASAN

PORT MORESBY, 12 September- Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda Laut Bismarck di Papua New Guinea awal pagi tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa yang berlaku jauh dari daratan itu bagaimanapun tidak mencetuskan amaran tsunami dan tiada laporan kerosakan diterima setakat ini.

Pusat gempa terletak sekitar 224 kilometer timur laut bandar Madang di pantai utara negara tersebut.

Papua New Guinea sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di zon "Lingkaran Api Pasifik", kawasan dengan aktiviti tektonik aktif yang meliputi Asia Tenggara dan lembangan Pasifik.

Gempa bumi di negara itu jarang menyebabkan kemusnahan besar, namun berpotensi mencetuskan tanah runtuh.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 10 orang terkorban apabila gempa bermagnitud 7.6 melanda kawasan utara mengakibatkan ratusan rumah musnah dan gangguan bekalan elektrik. -AFP

SITI AISHAH MD ISA