GUATEMALA, 21 Julai- Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Guatemala pada Sabtu.
Gegaran turut dirasai di El Salvador dan Nicaragua.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan di ketiga-tiga negara itu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gegaran itu berlaku pada pukul 8.53 malam (0253 GMT), dengan pusat gempa berada pada lapan kilometer (lima batu) tenggara bandar Jalapa, pada kedalaman 265.5 kilometer.
Institut seismologi di El Salvador merekodkan gempa itu pada berukuran 5.9 magnitud, manakala Nicaragua mencatatkan 5.2 magnitud.
Pihak berkuasa perlindungan awam di tiga negara Amerika Tengah melaporkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan pada infrastruktur.
Amerika Tengah berada di Lingkaran Api Pasifik, kawasan luas aktiviti tektonik di sepanjang pantai barat Amerika dan merentasi lembangan Pasifik.- AFP