SYDNEY, 12 April-Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda kawasan perairan berhampiran wilayah New Ireland, Papua New Guinea pada Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu berlaku pada kedalaman 72 kilometer dan berpusat kira-kira 115 kilometer ke tenggara bandar Kokopo.
Menurut Emonck Abelis, penyambut tetamu di Kokopo Beach Bungalow Resort, gegaran tersebut berlangsung selama kira-kira satu minit namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan di kawasan sekitar.
Papua New Guinea terletak di atas "Lingkaran Api Pasifik" iaitu satu kawasan yang terkenal dengan aktiviti tektonik tinggi yang merangkumi Asia Tenggara hingga ke lembangan Pasifik.
Walaupun gempa bumi di kawasan ini jarang menyebabkan kerosakan besar berikutan kepadatan penduduk yang rendah, ia masih berisiko mencetuskan tanah runtuh yang berbahaya.-AFP.