fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 50,912

Foto REUTERS

GAZA, 12 April- Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 50,912 orang akibat operasi ketenteraan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, ia turut menyebabkan 115,981 lagi mengalami kecederaan.

"Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 26 mayat dan 106 individu yang cedera telah dibawa ke fasiliti kesihatan di seluruh Gaza," menurut kenyataan itu.

Sejak Israel menyambung semula operasi ketenteraan di Gaza pada 18 Mac lalu, yang turut menamatkan gencatan senjata selama dua bulan, seramai 1,542 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 3,940 lagi cedera.

Keadaan tersebut memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM