fb fb fb fb fb

Gempa bermagnitud 5.5 gegar barat daya Jepun

Gempa bumi melanda sebuah pulau terpencil di barat daya Jepun./Foto JMA

TOKYO, 3 Julai – Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan kawasan perairan berhampiran pulau Tokara di wilayah Kagoshima, barat daya Jepun.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa dikesan pada kedalaman 20 kilometer di luar pesisir Pulau Akuseki, kira-kira 1,200 kilometer dari Tokyo.

Walaupun gempa itu kuat, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pulau Akuseki yang hanya didiami 89 penduduk mencatatkan intensiti seismik ‘enam ke bawah’ – tahap yang dianggap cukup kuat hingga menyukarkan individu untuk berdiri.

Menurut JMA, lebih 1,000 gegaran berintensiti satu atau lebih tinggi telah dikesan di sekitar pulau tersebuat sejak 21 Jun lalu.

Pihak berkuasa terus memantau keadaan dan menasihatkan penduduk di kawasan terjejas untuk berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan. - REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN