fb fb fb fb fb

Hong Kong cadang had lawatan peguam, pelawat ke penjara

Hong Kong cadang pinda peraturan penjara atas alasan menangani risiko keselamatan negara./AFP

HONG KONG, 4 Julai – Kerajaan Hong Kong bercadang meminda peraturan penjara dengan mengehadkan lawatan peguam dan pelawat atas alasan menangani risiko keselamatan negara.

Cadangan kontroversi itu diumum susulan lonjakan jumlah tahanan yang dikaitkan dengan protes pro-demokrasi pada 2019.

Sehingga kini, lebih 10,200 individu telah ditangkap dan kira-kira 3,900 daripada mereka masih ditahan tanpa sabitan.

Dalam dokumen yang dikemukakan kepada badan perundangan, Biro Keselamatan Hong Kong mendakwa sistem lawatan penjara telah disalah guna, termasuk oleh individu yang menyamar atas alasan kemanusiaan untuk 'mempengaruhi banduan menentang pihak berkuasa'.

Cadangan itu membolehkan pihak penjara memohon waran daripada majistret bagi menghalang lawatan daripada peguam tertentu sekiranya disyaki berlaku penyalahgunaan sistem perundangan.

Ia turut mencadangkan pemansuhan hak banduan terhadap pemakaian pakaian peribadi dan diet khas serta pengubahsuaian peraturan berkaitan surat-menyurat.

Pihak berkuasa mendakwa langkah itu selaras dengan sistem diamalkan di Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Pindaan undang-undang tersebut dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat untuk proses kelulusan badan perundangan. - AFP

KHAIRUL AMRI BIN YASIN