(FOTO USGS)
BEIJING, 6 Ogos- Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda timur China awal pagi tadi dengan sekurang-kurangnya 21 orang cedera dan berpuluh bangunan runtuh.
Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa berlaku sekitar pukul 2.33 pagi waktu tempatan melanda 26 kilometer di selatan bandar Dezhou dekat wilayah Shandong pada kedalaman 10 kilometer (km).
Lapor pihak berkuasa Shandong memetik agensi berita China Central Television (CCTV), sekurang-kurangnya 21 orang cedera, manakala 126 buah rumah atau bangunan telah runtuh akibat gempa bumi yang diikuti sebanyak 52 gegaran susulan.
"Bagaimanapun, runtuhan hanya melibatkan bangunan lama yang tidak berpenghuni.
"Infrastruktur air dan komunikasi juga berfungsi seperti biasa, tetapi ratusan perkhidmatan kereta api digantung perkhidmatan sejak pagi tadi," katanya.
Gempa itu turut dirasai sejauh bandar Beijing dan Tianjin, serta di Shanghai, kira-kira 800 km dari pusat gempa. -AFP
(FOTO HIASAN)