fb fb fb fb fb

Gelombang keganasan kartel dadah di Mexico, rekod 150 terbunuh

Foto Reuters

CULIACAN, 5 Oktober- Kira-kira 150 orang terbunuh akibat gelombang keganasan di kubu kartel Mexico susulan pergaduhan kumpulan, sejak sebulan lalu.

Menurut pihak berkuasa, ia termasuk lima mayat yang ditemukan di jalan utama Culiacan pada Khamis dengan kesan tembakan.

Perang yang tercetus pada 9 September membabitkan antara dua puak daripada kartel Sinaloa, salah satu pertubuhan pengedaran dadah paling ganas dan berkuasa di Mexico.

Beberapa polis tempatan yang disyaki terbabit sebagai ahli turut dirampas senjatanya oleh tentera.

Pertempuran itu berikutan penahanan dramatik 25 Julai di bumi Amerika Syarikat (AS) pengasas bersama Sinaloa Cartel Ismael "El Mayo" Zambada, yang mendakwa dia telah diculik di Mexico dan diserahkan sebagai tahanan AS, di luar kehendaknya.

Zambada, 76, ditahan bersama Joaquin Guzman Lopez, anak lelaki El Chapo, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Amerika Syarikat.

Keganasan jenayah yang meluas, kebanyakannya dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah dan kumpulan samseng, telah menyaksikan lebih 450,000 orang dibunuh di Mexico sejak 2006.

Claudia Sheinbaum, yang mengangkat sumpah pada Selasa sebagai presiden wanita pertama Mexico, telah berjanji untuk berpegang pada strategi "peluk, bukan peluru" sebagai dasar sosial untuk menangani jenayah hingga ke akarnya.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM