fb fb fb fb fb

Gelombang haba: Mexico catat 61 kematian sejak Mac

Pemandangan salah sebuah kawasan pertanian di Zumpango, Mexico yang kering-kontang akibat cuaca panas/Foto REUTERS

MEXICO CITY, 31 Mei - Mexico merekodkan 61 kematian susulan gelombang haba sejak Mac lalu, menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

Angka tersebut menandakan peningkatan sebanyak 13 kematian berbanding minggu sebelumnya.

Tahun lepas Mexico melaporkan sebanyak 419 kematian pada musim panas yang berlangsung di antara Mac sehingga Oktober di negara yang mempunyai 129 juta orang.

President Mexico, Andres Manuel Lopez Obrardor menyifatkan golombang haba yang berlaku tahun ini sebagai 'sesuatu yang luar biasa.

Pada Sabtu, Mexico Cit merekodkan suhu tertinggi iaitu 34.7 darjah Celsius atau (94.5 darjah Fahrenheit), menurut Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan.

Ibu kota tersebut yang terletak pada ketinggian 2,240 meter (7,350 kaki) dari paras laut, secara tradisinya menikmati iklim sederhana tetapi tidak terlepas daripada gelombang panas tahun ini.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD