BUKIT TINGGI, 30 Mei- Sebuah gunung berapi di barat Indonesia meletus dan memuntahkan abu setinggi dua kilometer ke udara dan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk mengenai potensi bahaya daripada aliran larva tersebut.
Menurut Agensi Mitigasi Bencana kebangsaan (BNPB) Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat meletus pada 1:04 tengah hari waktu tempatan, memuntahkan awan kelabu tebal abu dua kilometer (1.2 batu) di atas puncaknya.
Gunung berapi itu merupakan salah satu yang paling aktif di Indonesia berada di paras amaran kedua tertinggi dalam sistem empat peringkat negara itu dalam beberapa minggu. Susulan itu, pihak berkuasa menasihatkan orang ramai untuk tinggal di luar zon terkecuali sepanjang 4.5 kilometer di sekitar kawahnya.
Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata penduduk tempatan dinasihatkan berwaspada dengan ancaman aliran lahar berikutan letusan itu, kata
“Orang ramai digesa menjauhi kawasan sungai yang berpunca daripada gunung berapi Marapi dan berwaspada dengan potensi bahaya lahar yang boleh berlaku terutama ketika hujan,” katanya.
Hujan lebat bulan ini menyebabkan serpihan gunung berapi mengalir ke daerah berhampiran Marapi, membunuh lebih 60 orang, memusnahkan berpuluh-puluh rumah dan merosakkan jalan raya dan masjid.
Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di 'Lingkaran api Pasifik'.
Pada bulan Disember, Marapi meletus dan memuntahkan abu pada ketinggian 3,000 meter (9,843 kaki) ke langit.
Sekurang-kurangnya 24 pendaki, kebanyakannya pelajar universiti, maut dalam kejadian tersebut.-AFP