fb fb fb fb fb

Gegaran susulan 5.5 skala Richter landa Tenggara Taiwan

(Gempa bumi itu boleh dirasai di seluruh Taiwan, kata biro cuaca. Bangunan bergegar seketika
di ibu kota Taipei dan gegaran susulan terus menggegarkan pulau itu/AFP)

TAIPEI, 19 September-Gegaran susulan melanda tenggara Taiwan pada Isnin termasuk gempa bumi susulan berukuran 5.5 pada skala Richter yang dialami di ibu kota Taipei.

Menurut biro cuaca pulau tersebut. Igegaran kedua itu menyusuli gempa yang berlaku sehari sebelumnya, yang menyebabkan satu korban jiwa dan sekitar 150 orang cedera.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berlaku baru-baru ini pada 10 pagi waktu tempatan, berada pada kedalaman 13 kilometer dan sekitar 66 kilometer dari selatan barat daya bandar pesisir Hualien.

Malah, kawasan terpencil di bahagian tenggara Taiwan yang tidak mempunyai ramai penduduk dilanda beberapa gegaran sejak Sabtu.

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter yang menggegarkan kawasan tersebut pada tengah hari Ahad merupakan yang paling kuat.

Ia menyebabkan kerosakan di jalan raya dan kawasan penempatan penduduk bandar Yuli.

Selain itu, gempa tersebut turut meragut satu nyawa.

(Anggota bomba menjalankan usaha menyelamat mangsa di sebuah tapak bangunan
runtuh akibat kejadian gempa bumi/AFP)

Empat yang lain diselamatkan dari sebuah bangunan yang runtuh.

Secara keseluruhannya, 146 orang dilaporkan cedera ekoran gempa tersebut, menurut pihak berkuasa.

Gempa bumi kerap berlaku di Taiwan dengan sebilangan besar sar gempa bumi yang berlaku di pulau tersebut sebelum ini menyebabkan kerosakan yang ringan meskipun Taiwan mempunyai sejarah lama bencana yang membawa maut.-AFP

 

Berita berkaitan
Gempa bumi kuat landa Taiwan

Media Baharu