fb fb fb fb fb

Penemuan kubur besar di Ukraine

Foto AFP

UKRAINE, 20 September- Presiden Kesatuan Eropah, EU menggesa penubuhan majlis tribunal antarabangsa ke atas jenayah perang selepas penemuan kubur besar yang baharu di Ukraine.

Jan Lipavsky yang juga Menteri Luar Republik Czech mengatakan serangan sebegitu terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan dan menjijikkan.


(Penemuan kubur besar yang baharu di sini / Foto AFP)

Gesaan dibuat susulan penemuan sekitar 450 kubur kawasan hutan berhampiran Izium yang ditawan oleh Rusia sebelum ini.

Sesetengah mayat yang ditemukan menunjukkan kesan-kesan diseksa.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, bukti baharu penyeksaan dikenal pasti daripada mayat yang dikebumikan di kawasan itu.

Ketua Pentadbiran Wilayah Kharkiv, Oleg Synegubov memberitahu, daripada mayat yang ditemukan, 99 peratus menunjukkan kesan kematian akibat keganasan.

Terdapat beberapa mayat yang tangan mereka terikat dan satu mayat ditanam dengan tali terikat di bahagian leher. - AFP

Media Baharu