(Orang ramai menunggu Perarakan Pengebumian Negara Ratu Elizabeth II di London, Britain/AFP)
LONDON, 19 September- Ratu Elizabeth yang disemadikan pada Isnin memulakan perjalanan terakhir sambil disaksikan pemimpin dan jutaan rakyat dari seluruh dunia menerusi perjalanan istiadat terakhir yang bersejarah melalui jalan-jalan yang padat di bandar berkenaan.
Keranda ratu yang dibalut bendera dan dihiasi dengan Imperial State Crown akan dibawa ke Istana Windsor.
Baginda akan dimakamkan bersama bapanya, Raja George VI; ibunya, Ratu Elizabeth dan adiknya, Puteri Margaret, penyatuan semula dalam kematian bagi sebuah keluarga yang pernah menggelar diri mereka sebagai "kami berempat".
Keranda suaminya, Putera Philip, yang meninggal dunia tahun lalu pada usia 99 tahun akan turut dipindahkan bersebelahan baginda.
Pemakaman Ratu Elizabeth II tidak jauh berbeza daripada Putera Philip di Gereja St George, Windsor, pada April tahun lalu.
Di Windsor, mahkota, "orb" dan tongkat baginda akan dialih dan diletakkan di atas altar.
Pegawai paling kanan dalam keluarga diraja, The Lord Chamberlain, secara simbolik mematahkan "tongkat jawatan" beliau dan meletakkannya di atas keranda.
(Orang ramai menunggu Perarakan Pengebumian Negara Ratu Elizabeth II di London, Britain/AFP)
Perkhidmatan biara yang berlangsung bawah operasi keselamatan polis terbesar di London bermula pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan.
Selepas kurang satu jam, seorang peniup begol akan memainkan "The Last Post", sebelum upacara itu senyap selama dua minit, disusuli lagu kebangsaan, "God Save the King."
Keranda kayu oak yang dilapisi plumbum, dibaluti dengan warna ratu, kemudian diturunkan ke dalam Bilik Kebal Diraja, sambil seorang pemain begpaip memainkan alunan muzik berdukacita.
Kira-kira 6,000 anggota tentera diatur untuk mengambil bahagian dalam perarakan khidmat menuju dan dari biara, di laluan ke Windsor dan perkhidmatan pemakaman di Gereja St George.
Pegawai tentera tertinggi Britain, Ketua Staf Pertahanan, Laksamana Tony Radakin, menamakannya sebagai "tugas terakhir kami untuk Duli Yang Maha Mulia Ratu", mendiang ketua komander mereka dan yang pertama untuk Charles.
Sementara itu, Chrissy Heerey, seorang anggota Tentera Udara Diraja adalah orang terakhir yang melepasi kebenaran untuk memberikan penghormatan terkahir kepada Ratu Elizabeth pagi ini.
Heerey menyifatkan pengalaman itu sebagai luar biasa.
"Apabila mereka datang kepada saya dan berkata, 'betul, awak orang terakhir', saya berkata, betulkah?!" katanya kepada AFP, sebelum berangkat menyertai orang ramai untuk perarakan keranda melalui pusat bandar London.
"Hari yang panjang tetapi sangat berbaloi. Ia tiada apa-apa jika dibandingkan dengan apa yang ratu lakukan untuk negara."
"Ketika kita semua bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir, saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih.
"Kali terakhir Britain mengadakan upacara pengebumian negara pada 1965 untuk perdana menteri ketika zaman perang iaityu Winston Churchill," katanya.
Sejak lebih enam dekad negara itu masih terus mengekalkan tradisi untuk menghormati institusi beraja. -AFP