(Westminster Hall dibuka dengan kira-kira 2,000 tetamu/AFP)
LONDON, 19 September- Ratusan kerabat diraja luar dan ketua negara menghadiri majlis persemadian negara Ratu Elizabeth hari ini, menjadikan ia sebagai satu perhimpunan diplomatik terbesar dalam beberapa dekad ini.
Berikut adalah aturcara majlis persemadian negara Ratu Elizabeth
6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia)
Upacara memberi penghormatan terakhir di Westminster Hall berakhir
8 pagi (3 petang waktu Malaysia)
Pintu Westminster Hall dibuka dengan kira-kira 2,000 tetamu termasuk pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan mula mengambil tempat duduk.
10.35 pagi (5.35 petang waktu Malaysia)
Keranda Ratu Elizabeth diangkat dari catafalque, sebuah struktur pemakaman di Westminster Hall untuk dibawa menaiki gerabak yang menunggu di pintu utara Dewan Westminster.
10.45 pagi (5.45 petang waktu Malaysia)
Jasad Ratu Elizabeth akan dibawa dengan gerabak senjata sebagai sebahagian daripada perarakan tentera besar ke Westminster Hall.
10.52 pagi (5.52 petang waktu Malaysia)
Gerabak senjata tiba di West Gate di Westminster Abbey dan Raja Charles III akan mengetuai perarakan mengiringi keranda mendiang.
11.00 pagi (6 petang waktu Malaysia)
Perarakan Persemadian Negara dimulakan
11.55 pagi (6.55 petang waktu Malaysia)
Di penghujung upacara penghormatan terakhir, tiupan nafiri Last Post akan berkumandang sebelum seluruh negara bertafakur selama dua minit.
12 tengah hari (7 malam waktu Malaysia)
Lagu God Save the King akan dimainkan disusuli dengan irama muzik sedih.
(Upacara memberi penghormatan terakhir di Westminster Hall berakhir kira-kira 10.35 pagi waktu tempatan/AFP)
12.15 tengah hari (7.15 malam waktu Malaysia)
Gerabak senjata yang menempatkan keranda mendiang akan ditarik ke arah Wellington Arch di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham, diiringi Raja Charles, kerabat diraja dan perarakan masuk oleh detasmen angkatan bersenjata kontinjen Komanwel dari 56 negara.
Loceng besar Big Ben menara jam di Istana Westminster diselang seli dengan das tembakan dilepaskan tanda pada setiap satu minit.
1 petang (8 malam waktu Malaysia)
Keranda yang tiba di Wellington Arch, akan dipindahkan ke kenderaan diraja, bertolak ke Istana Windsor, barat London.
3.06 petang (10.06 malam waktu Malaysia)
Kenderaan diraja tiba di Windsor dan menuju ke istana melalui laluan Long Walk ke istana.
3.40 petang (10.40 malam waktu Malaysia)
Raja dan kerabat diraja menyertai perarakan dari Quadrangle di Istana Windsor sebelum rombongan berhenti di Gereja Kecil St George pada pukul 3.53 petang.
4 petang (11 malam waktu Malaysia)
Penstriman siaran langsung kehadiran kerabat diraja dan wakil-wakil pemimpin negara. Selepas kira-kira 45 minit, keranda akan diturunkan ke bilik kebal diraja sambil Sovereign's Piper memainkan lagu.
7.30 malam (2.30 pagi Selasa, waktu Malaysia)
Ratu Elizabeth II akan disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang juga tempat persemadian bonda serta ayahanda mendiang Ratu serta suami, Putera Phillip yang meninggal dunia pada April 2021. - AFP