fb fb fb fb fb

Gunung Berapi Taal 'bergegar' sejak dua hari lepas

(Rakaman menunjukkan Gunung Berapi Taal di Filipina pagi ini ketika pegawai terus memantau
gegaran yang berterusan selama dua hari/Reuters)

FILIPINA, 22 Julai- Gunung Berapi Taal di sini merekodkan aktiviti aktif dengan mengeluarkan kepulan asap serta mencatatkan gegaran yang berterusan selama dua hari.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) melaporkan bahawa gegaran gunung berapi itu bermula pada 20 Julai lalu.

Gegaran tersebut adalah isyarat seismik berterusan yang berlangsung selama beberapa minit sejak dua hari berturut-turut, disebabkan pergerakan magma atau cecair lain di dalam gunung berapi.

PHIVOLCS masih mengekalkan amaran pada Tahap Makluman 1 di wilayah Batangas.

Bagaimanapun, agensi itu memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhkan diri dari kawasan yang diisytiharkan sebagai Zon Bahaya Kekal Gunung Berapi Taal untuk keselamatan.

PHIVOLCS memaklumkan, gegaran tersebut telah disertai dengan 14 gempa bumi gunung berapi dan 11 gempa bumi frekuensi rendah. -Reuters

(Gunung Berapi Taal/Reuters)

Media Baharu