MANILA, 13 Oktober - Gempa berukuran 5.2 skala richter menggegarkan beberapa bangunan di ibu negara Filipina pada Jumaat, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).
Pihak berkuasa Filipina dilaporkan mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya kemusnahan dan gagaran susulan.
Gempa yang berlaku pada kedalaman 100 kilometer atau (62 batu) di selatan Manila pada pukul 8:24 waktu tempatan telah menyebabkan pelajar dan pekerja pejabat menyelamatkan diri dari bangunan berkenaan.
"Segala-galanya baik. Tiada kemalangan jiwa, walaupun kawasan (Manila) ini adalah pusat gempa', kata Rafael Cuevas, salah seorang pegawai agensi bencana di bandar Calaca di daerah Batangas.
"Kami dapat rasakan gegaran kuat, sekitar dalam 10 saat", kata Cuevas lagi.
Sementara itu, Ketua Bencana Perbandaran Mabini, Arnold Panopio berkata pada mulanya, ia hanyalah gegaran kecil dan kemudiannya bertukar menjadi gegaran kuat sebelum berhenti secara tiba-tiba.
Panopio turut berkata tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan. Namun beberapa buah sekolah menengah yang mempunyai 2.000 pelajar menangguhkan sesi pembelajaran sebagai langkah berjaga-jaga.
Gempa bumi merupakan perkara biasa di Filipina yang terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.-AFP
( FOTO https://news.abs-cbn.com)