TOKYO, 21 Ogos – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Khamis menggesa gencatan senjata segera di Gaza selepas Israel mengumumkan langkah awal operasi untuk menguasai Bandar Gaza.
“Adalah penting untuk segera mencapai gencatan senjata di Gaza... bagi mengelakkan kematian dan kemusnahan yang tidak dapat dielakkan akibat operasi ketenteraan ke atas Bandar Gaza,” katanya ketika menghadiri persidangan pembangunan Afrika di sini.
Guterres turut menggesa Israel membatalkan keputusan meluaskan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat serta mengulangi kritikan terhadap Majlis Keselamatan PBB yang menurutnya gagal mencapai kata sepakat menamatkan konflik akibat perpecahan geopolitik dalam kalangan anggota tetap yang mempunyai kuasa veto. -REUTERS