fb fb fb fb fb

Gajah bawa peti undi rentas sungai, hutan

KEMBOJA, 23 Julai - Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) Kemboja, menggunakan seekor gajah untuk menghantar peti undi ke sebuah kampung terpencil yang tidak boleh diakses melalui jalan raya.

Kejadian berlaku sehari sebelum pilihan raya negara.

Menerusi rakaman yang dikeluarkan NEC, seekor gajah dilihat membawa peti undi dan bahan pilihan raya merentasi sungai dan hutan untuk dibawa ke kampung yang mempunyai 173 pengundi.

Gajah itu tiba ke pusat mengundi, yang terletak di kampung Lao Romeat, komune Krang Teh, di wilayah Mondulkiri, dengan berjalan kaki selepas tiga jam. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu