fb fb fb fb fb

11 maut dalam serangan di bar, utara Mexico

MEXICO, 23 Julai - Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam serangan di sebuah bar di San Luis Rio Colorado.

Pihak berkuasa Sonora berkata, serangan dilakukan seorang lelaki menggunakan koktel Molotov yang mengakibatkan bar itu terbakar, selepas berang kerana diusir.

Ketika serangan suspek dalam keadaan mabuk, dia halau kerana bertindak tidak menghormati wanita di sana.

Suspek kemudian kembali dan membaling bahan letupan jenis koktel Molotov di pintu bar, menurut kenyataan daripada pendakwa raya di negeri itu.

Empat daripada 11 yang maut adalah wanita dan empat lagi sedang dirawat di hospital kerana kecederaan.

Datuk bandar bandar itu, Santos Gonzalez berkata "bahawa suspek, seorang lelaki, telah ditangkap oleh polis". - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu