(Pusat beli belah Vremena Goda / REUTERS)
MOSCOW, 22 Julai- Empat orang terbunuh manakala 10 lagi cedera selepas paip air panas pecah dan meletup di sebuah pusat beli-belah di barat Moscow pada Sabtu.
Datuk Bandar, Sergei Sobyanin berkata sebahagian daripada mereka yang cedera melecur, dan perkhidmatan kecemasan sedang melakukan segala yang terbaik di tempat kejadian.
Agensi berita Rusia memetik penyiasat sebagai berkata bahawa tiada kebocoran ammonia di tapak itu seperti yang disyaki sejak sekian lama.
Rakaman video menunjukkan bangunan dibanjiri air dan wap dapat dilihat berkepul keluar dari pintu.
Pusat beli-belah itu, yang dikenali sebagai Vremena Goda (The Seasons), dibuka pada 2007 dan menempatkan lebih 150 kedai.
"Kami menyediakan bantuan perubatan kepada semua mangsa," kata Sobyanin.- REUTERS
(Pasukan perkhidmatan kecemasan sedang membantu mangsa /REUTERS)