fb fb fb fb fb

Gadis 14 tahun tembak mati rakan sekelas dan dirinya, lima cedera

Foto Hiasan

MOSCOW, 7 Disember - Seorang remaja Rusia pada Khamis menembak mati rakan sekelasnya dan mencederakan lima yang lain sebelum membunuh diri di sebuah sekolah di Bryansk berhampiran sempadan Ukraine, kata penyiasat.

Insiden tembakan di sekolah jarang berlaku di Rusia, yang mempunyai undang-undang senjata api ketat, namun telah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Seorang budak perempuan berusia 14 tahun membawa senapang patah ke sekolah, yang digunakannya untuk menembak rakan sekelasnya. Akibatnya, dua maut, seorang daripadanya adalah penembak dan lima yang lain cedera," kata Jawatankuasa Penyiasatan dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa tidak menamakan penembak itu, namun berkata mangsa adalah rakan sekelas di sekolah menengah di pinggir bandar Bryansk.

"Motif di sebalik kejadian itu dan semua keadaan sedang diwujudkan," kata Jawatankuasa itu.

Lima yang cedera telah dibawa ke fasiliti perubatan.

Tembakan berlaku di Gimnasium Nombor Lima di luar pusat bandar Bryansk, sebuah bandar berhampiran Ukraine yang pernah beberapa kali mengalami serangan tembakan dan dron.

Di bandar Izhevsk di barat Rusia pada September tahun lepas, seorang lelaki bersenjata membunuh 18 orang di sebuah sekolah.

Pada tahun 2021, seorang penembak berusia 19 tahun membunuh sembilan orang di sebuah sekolah di Kazan, di Tatarstan. Pada tahun yang sama, seorang remaja membunuh enam orang di sebuah universiti di bandar Perm Ural. -AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN