fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Ford hentikan 300 lagi pekerja

NEW YORK, 3 Oktober- Syarikat pengeluar kereta, Ford mengumumkan lebih 300 lagi pekerja telah diberhentikan buat sementara waktu kerana kesan daripada mogok berterusan terhadap syarikat itu dan dua lagi pembuat kereta AS.

Mogok yang membabitkan tiga pengeluar kereta terkemuka Ford, Stellantis dan General Motors diberi gelaran 'Big Three' bermula pada 15 September apabila kontrak pekerja sebelum ini ditamatkan tanpa penggantian.

Kira-kira 25,000 pekerja dihentikan setakat ini.

"Sistem pengeluaran kami sangat saling berkaitan, yang bermaksud strategi mogok sasaran United Auto Workers UAW mempunyai kesan ke atas kemudahan yang tidak disasarkan secara langsung untuk pemberhentian kerja," kata Ford dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Kira-kira 330 pekerja telah diminta untuk tidak melaporkan diri ke tempat kerja," tambah kenyataan itu, dengan mengatakan jumlah "pemberhentian berkaitan mogok" di Ford kini berjumlah 930.

Ford berkata kilangnya yang terjejas akibat pemberhentian tersebut adalah di Chicago, Illinois dan Lima, Ohio.

Stellantis dan General Motors juga telah mengurangkan kakitangannya di beberapa kilang atas sebab yang sama.

Pada mulanya, UAW menyeru kira-kira 13,000 ahli di tiga pembuat kereta itu untuk berhenti kerja, kemudian menambah 5,600 lagi seminggu kemudian kerana kekurangan kemajuan dalam rundingan.

Sebanyak 7,000 pekerja ldiberhentikan untuk menjadikan jumlahnya kira-kira 25,000.-AFP