NEW YORK, 27 September- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik semula diplomat Itali, Filippo Grandi sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian (UNHCR) untuk tempoh dua tahun setengah.
Penggal baharu beliau bakal bermula pada 1 Julai 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2025.
Pemilihan semula Grandi dipersetujui sebulat suara di Perhimpunan Agung itu.
Filippo Grandi / FOTO AFP
Dilahirkan pada Mac 1957, Grandi menyertai UNHCR sejak 1 Januari 2016.
Antara Januari 2010 dan Mac 2014, beliau mengetuai agensi PBB untuk pelarian Palestin yang dikenali sebagai Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). -BERNAMA