fb fb fb fb fb

Filipina mahu mulakan projek teroka tenaga baharu

Ferdinand Marcos Jr./REUTERS

MANILA, 17 Disember- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata negara itu sedang berusaha untuk menyelesaikan "isu penerokaan" di Laut China Selatan supaya ia boleh memulakan projek penerokaan tenaga baharu di laluan air yang kaya dengan sumber itu untuk memenuhi keperluan tenaga negara tersebut.

Marcos, dalam temu bual dengan media Jepun pada Sabtu berkata, ketegangan di Laut China Selatan memberi amaran bahawa "China" menimbulkan "cabaran sebenar" kepada jiran Asianya.

Filipina dan China menyambung semula perbincangan mengenai meneroka sumber minyak dan gas secara bersama di Laut China Selatan. Ia berikutan kedua-dua negara cuba mendapatkan hak kedaulatan untuk membangunkan sumber asli di laluan air strategik itu.

"Kami masih belum menemui penyelesaian," kata Marcos. Filipina mahu mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan arang batu serta peralihan kepada gas asli cair.

Manila merujuk kepada bahagian Laut China Selatan yang berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sebagai Laut Filipina Barat.

Manila dan Beijing saling bertuduhan berhubung perlanggaran kapal berhampiran Laut China Selatan.

Selain Filipina, anggota ASEAN turut menuntut bahagian Laut China Selatan yang dipertikaikan oleh China.

Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 berkata tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang, keputusan itu disokong Amerika Syarikat tetapi ditolak oleh Beijing.

Cabaran dari China memerlukan "penyelesaian baharu", kata Marcos yang sedia untuk mempertahankan hak negaranya di Laut China Selatan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI