fb fb fb fb fb

Tebusan Israel sempat kibar bendera putih sebelum ditembak tentera sendiri

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22, dan Alon Shamriz, 26 ditembak tentera Israel/FOTO

BAITULMAQDIS, 17 Disember - Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh askar Angkatan Pertahanan Israel (IDF) sedang membawa bendera putih sambil menangis meminta pertolongan dalam bahasa Ibrani.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22, dan Alon Shamriz, 26 ditembak semasa operasi di Bandar Gaza pada Jumaat lalu.

Keluarga tebusan lain yang ditahan di Gaza menggesa kerajaan Israel menghentikan pertempuran dan membuat perjanjian untuk membebaskan mereka.

Mereka merupakan antara kira-kira 250 orang yang dijadikan tebusan semasa serangan kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober di Israel.

Semasa pertempuran di daerah Shejaiya di Kota Gaza, tentera IDF akui tersilap mengenal pasti tiga tebusan Israel yang dianggap sebagai ancaman.

Jurucakap tentera Daniel Hagari berkata kesilapan itu telah mengakibatkan tenteranya menembak ke arah mereka dan tebusan terbunuh.

"Seorang pegawai tentera berkata semua tebusan 'tanpa baju' memegang kayu dengan kain putih di atasnya, tetapi seorang askar berasa terancam dan melepaskan tembakan.

Ekoran tembakan itu, dua tebusan serta-merta manakala mangsa ketiga yang cedera, kembali ke bangunan tempat dia bersembunyi.

Susulan itu, tebusan yang terselamat kedengaran menjerit meminta pertolongan kedengaran dalam bahasa Yahudi -- komander batalion mengarahkan tentera untuk menghentikan tembakan.

Tidak lama kemudian, tebusan yang terselamat itu muncul semula, namun, dia juga ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel.

Pegawai itu menyifatkan insiden itu sebagai peristiwa yang tragis dan 'hari yang sukar' buat mereka kerana sedang berdepan pertempuran sengit di kawasan itu.

Sementara itu ratusan berkumpul di Tel Aviv kemudiannya untuk menyeru kerajaan Netanyahu untuk membebaskan 129 tebusan yang masih ditahan di Semenanjung Gaza.

Israel sebelum ini berkata lapan tebusan lain sudah mati.

Pada acara Forum Tebusan dan Keluarga Hilang, anak perempuan kepada salah seorang tebusan mendesak agar konflik dihentikan dan memulakan rundingan.

"Kami hanya menerima mayat. Kami mahu anda menghentikan pergaduhan dan memulakan rundingan," kata Noam Perry iaitu anak perempuan kepada salah seorang tebusan Haim Perry.

Pada November, gencatan senjata selama seminggu menyaksikan 105 tebusan termasuk 80 warga Israel dibebaskan sebagai pertukaran untuk 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel, tetapi pertempuran telah disambung semula. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN