fb fb fb fb fb

FBI serbu rumah Trump, dakwa sistem keadilan AS tidak berlaku adil

(Kelihatan kereta polis di luar kediaman bekas Presiden AS Donald Trump di Mar-A-Lago, Palm Beach, Florida/FOTO AFP)

PALM BEACH, 9 Ogos - Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan kediaman mewah Mar-A-Lago miliknya di Palm Beach, Florida, telah diserbu FBI.

Trump dalam kenyataan bagaimanapun tidak menyatakan mengapa serbuan dilakukan.

Trump berkata Mar-A-Lago kini sedang dikepung, dan diduduki oleh sekumpulan besar ejen FBI.

Beliau turut mendakwa FBI telah menceroboh peti besi nya.

Sementara itu menurut sumber, Jabatan Kehakiman Amerika telah melancarkan penyiasatan peringkat awal ke atas penghapusan rekod rasmi Trump ke harta pusakanya di Florida.

Siasatan dibuat selepas Pentadbiran Arkib dan Rekod Kebangsaan memberitahu Kongres bahawa telah menemui kira-kira 15 kotak dokumen Rumah Putih dari rumah Trump di Florida, yang mana beberapa daripadanya mengandungi bahan sulit.

(Beberapa kotak dibawa keluar dari Bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower di perkarangan Rumah Putih sebelum
Donald Trump meninggalkan Washington pada 14 Januari 2021/FOTO AFP)

Jawatankuasa Pemantauan Dewan Perwakilan Amerika pada masa itu mengumumkan ia memperluaskan siasatan ke atas tindakan Trump dan meminta Arkib menyerahkan maklumat tambahan.


Trump sebelum ini mengesahkan telah bersetuju untuk memulangkan rekod tertentu kepada Arkib. - AFP

Media Baharu