fb fb fb fb fb

Banjir terburuk di Seoul, lapan dilaporkan terkorban

(Seorang lelaki terpaksa meredah jalan raya yang ditenggelami air selepas hujan lebat di daereah Gangnam, Seoul/FOTO AFP)

SEOUL, 9 Ogos - Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan maut manakala tujuh lagi masih hilang selepas bandar raya di Korea Selatan dilanda ribut dan hujan lebat.

Bukan itu sahaja, sebahagian stesen kereta api bawah tanah dan jalan-jalan utama di bandar tersebut turut dilaporkan tenggelam akibat bencana alam itu

Media tempatan melaporkan, hujan lebat yang turun sejak semalam itu disifatkan paling lebat dalam tempoh 80 tahun.

Situasi itu juga turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.

(Pejalan kaki di Pasar Namseong yang bersejarah di daerah Gangnam, Seoul/FOTO AFP)

"Situasi ini amat mengejutkan kerana Gangnam adalah pusat ekonomi dan maju tetapi terdedah dengan bencana alam seperti ini," kata penduduk tempatan Moon Yong Chun.

Imej yang dikongsikan di media sosial semalam menunjukkan orang ramai meredah banjir selain air dari stesen-stesen kereta api bawah tanah turut melimpah serta kenderaan separa tenggelam di daerah Gangnam.

Gangguan bekalan elektrik juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan terlibat susulan banjir tersebut.

Media Baharu