fb fb fb fb fb

Fasiliti tentera Jepun meletup, beberapa anggota cedera

Foto X/ @TaraBull808

TOKYO, 9 Jun- Satu letupan berlaku di sebuah fasiliti tentera Jepun yang terletak dalam Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Okinawa, menurut pegawai kepada AFP.

Kejadian itu menyebabkan beberapa anggota mengalami kecederaan, lapor media tempatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung letupan di fasiliti Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) dalam Pangkalan Tentera Udara Kadena di wilayah selatan Jepun.

Jiji Press dan beberapa media tempatan lain melaporkan empat individu cedera, namun tiada yang mengalami kecederaan serius.

Penyiar awam NHK, yang memetik sumber tidak dinamakan daripada Kementerian Pertahanan, melaporkan bahawa letupan itu berkemungkinan berlaku di tapak simpanan sementara bom, dan pihak berkuasa kini sedang mengesahkan situasi tersebut. – AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM