GAZA, 9 Jun- Angka kematian rakyat Palestin di Gaza kini meningkat kepada 54,880 orang sejak tercetusnya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober 2023.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan berterusan oleh Israel turut menyebabkan 126,227 penduduk Palestin mengalami kecederaan.
Sejak Israel memperhebatkan kempen ketenteraannya pada 18 Mac, seramai 4,603 rakyat Palestin terbunuh, manakala 14,186 lagi mengalami kecederaan.
Di beberapa pusat agihan bantuan kemanusiaan di Gaza, angka kematian akibat tembakan dan insiden lain mencecah 115 orang, manakala lebih 1,110 lagi mengalami kecederaan. –REUTERS