fb fb fb fb fb

Larangan kemasukan warganegara 12 negara berkuat kuasa di AS

Foto REUTERS

WASHINGTON, 9 Jun- Perintah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang melarang kemasukan warganegara dari 12 negara ke AS, mula berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam tadi.

Langkah itu, menurut Trump, bertujuan untuk melindungi negara tersebut daripada “pengganas asing”.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle Tacoma, beberapa individu dilihat keluar dari terminal sejurus selepas larangan itu mula dilaksanakan.

Sementara itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, sekurang-kurangnya seorang penumpang dilihat memeluk ahli keluarga sebaik tiba, hanya beberapa jam sebelum perintah larangan berkuat kuasa.

Negara-negara yang terkesan sepenuhnya oleh larangan perjalanan terbaru itu ialah Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Manakala kemasukan warga dari tujuh negara lain, iaitu Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela, akan dikenakan larangan separa.– REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM