fb fb fb fb fb

Fahmi ucap takziah pemergian Allahyarham Mohd Zubairy

(Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah)

KUALA LUMPUR, 2 Mei- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkongsi khabar duka pemergian Ketua Unit Saluran Berita RTM, Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Fahmi memaklumkan kemalangan yang menimpa Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Allahyarham terlibat dalam kemalangan di Jalan Lipis - Benta menghala ke Kuala Lumpur.

Kemalangan berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Allahyarham dari arah Kelantan menuju ke ibu negara terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dan pacuan empat roda.


(Kemalangan yang menimpa Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah
di Jalan Lipis-Benta menghala ke Kuala Lumpur)

Media Baharu