fb fb fb fb fb

EU kecam serangan Israel ke atas UNIFIL

Foto AFP

LUXEMBOURG, 10 Oktober - Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell mengecam siri serangan Israel yang mencederakan anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan.

"27 anggota (EU) bersetuju meminta (pihak) Israel berhenti menyerang UNIFIL.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima,” kata Borrell kepada pemberita menjelang mesyuarat menteri luar blok itu di sini.

Sekurang-kurangnya lima anggota pengaman cedera dalam tempoh beberapa hari ketika Israel menyasarkan Hizbullah di selatan Lubnan.

UNIFIL, misi dianggotai kira-kira 9,500 tentera pelbagai bangsa yang diwujudkan susulan pencerobohan Israel ke atas Lubnan pada 1978 menyatakan tentera zionis sengaja menembak ke arah kedudukannya.

"Banyak negara anggota Eropah mengambil bahagian dalam misi ini.

"Kerja mereka sangat penting," kata Borrell. -AFP

Trainee2