fb fb fb fb fb

Ukraine pertingkat serangan, berjaya musnahkan pesawat Rusia

Foto AFP

KIEV, 14 Oktober- Tentera Ukraine pada Isnin mendakwa telah memusnahkan sebuah pesawat pengangkutan tentera Rusia, hujung minggu lalu.

Ukraine telah meningkatkan serangan dalam wilayah Rusia beberapa bulan kebelakangan ini, menyasarkan tapak ketenteraan serta kemudahan tenaga.

Ia bagi bertujuan melumpuhkan aset dan logistik ketenteraan Rusia.

Menurut agensi perisikan tentera Kiev, pihaknya telah memusnahkan pesawat pengangkut Tu-134 pada waktu malam antara Sabtu dan Ahad di lapangan terbang tentera, di wilayah Orenburg, yang terletak sekitar 1,000 kilometer (620 batu) dari sempadan dengan Ukraine.

"Pesawat buatan Soviet ini digunakan terutamanya untuk mengangkut kepimpinan kementerian pertahanan Rusia," kata Perisikan Pertahanan Kementerian Pertahanan Ukraine di media sosial.

Agensi itu turut menyiarkan rakaman serangan pembakaran pesawat berkenaan namun, tidak memberikan butiran lanjut berhubung taktikal serangan.

Setakat ini, tiada ulasan segera mengenai tuntutan khusus dari Moscow.

Sejak pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari 2022, Moscow telah menahan ratusan orang kerana dakwaan sabotaj dan serangan ke atas tentera, kereta api dan tapak infrastruktur lain.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM