fb fb fb fb fb

EU beku aset Rusia bernilai AS$14 bilion setakat ini

(FOTO AFP)

PRAGUE, 18 Julai - Kesatuan Eropah (EU) telah membekukan aset Rusia bernilai AS$14 bilion sejak Rusia melaksanakan operasi ketenteraan di Ukraine.

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman EU, Didier Reynders enam negara anggota yang melaksanakan ketetapan itu ialah Jerman, Perancis, Ireland, Austria, Belgium, dan Luxembourg.

Keenam-enam negara berkenaan telah membekukan sejumlah 12.7 bilion euro aset Rusia, manakala negara lain memaklumkan bahawa pihaknya telah merampas sejumlah kecil aset milik Moscow.

(Didier Reynders / FOTO AFP)

Reynders juga berkata bahawa beliau turut meminta EU untuk mempertimbangkan cadangan mengenai mana-mana pelanggaran sekatan akan dianggap sebagai jenayah.

"Cadangan itu akan membolehkan negara-negara Eropah bukan sahaja membekukan tetapi juga merampas aset," katanya.

Parlimen Eropah menyokong cadangan itu, dan negara-negara anggota dijangka melaksanakan peraturan baharu itu pada musim luruh.

Media Baharu