fb fb fb fb fb

Eropah keluar amaran cuaca ekstrem

(Foto REUTERS)

ERNEE, 18 September- Amaran cuaca dikeluarkan di beberapa kawasan luar bandar di Perancis.

Menurut perkhidmatan cuaca kebangsaan Perancis, Meteo France, Eropah telah dilanda cuaca ekstrem sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk hujan lebat dan gelombang panas yang membawa maut.

"Orang ramai diminta berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu itu.

"Mereka juga diminta mematuhi setiap arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan," katanya menerusi kenyataan.

Menerusi video yang dirakam orang awam, puting beliung dilihat berlaku berhampiran jalan raya sekitar Perancis. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu